Wednesday, 26 November 2008

Jendela Sepi

Rumah kayu yang pernah tersergam indah di kampung itu telah menjadi seperti rumah berhantu. Selepas ditinggalkan begitu sahaja setengah tahun yang lalu, rumah tersebut nampak tidak terurus. Lalang di kawasan halaman rumah itu sudah meninggi. Daun- daun kering yang berguguran dari pokok – pokok di sekitarnya dibiarkan mereput di atas tanah, menjadi baja menyuburkan lagi lalang di situ.
Sesiapa yang lalu di hadapan rumah itu akan terasa seramnya. Seperti diperhatikan sesuatu dari dalam rumah. Rumah yang dahulunya sering dikunjungi orang- orang kampung itu terbiar sepi selepas penghuninya dihukum tanpa peluang bersuara diberi.

Walaupun orang- orang kampung sudah lama menjauhi rumah tersebut, Asyraf tegar menjadi pengunjung setia. Setiap pagi sebelum sawah bendang dijejak, rumah itu menjadi tempat persinggahannya. Sekadar memandang sayu ke arah rumah itu di halamannya. Harapannya tinggi untuk melihat jendela rumah tersebut terbuka memunculkan wajah ayu bekas tunangannya di tubir mata. Namun, segalanya tinggal angan yang terbawa- bawa ke dalam mimpi. Hartini tak akan kembali.

“Kita halau saja dia! Jika tidak, kampung kita akan dilanda bencana!” hasut Halimah, isteri Tok Ketua kampung itu.

“Tunggu!” tegah Izzuan. “Kita tak boleh terburu- buru! Kelak lebih satu jiwa akan merana!”

“Apa kau menyebelahi perempuan sihir itu? Apa kau pula telah diguna- guna?” meninggi suara Halimah. Semakin riuh suara orang- orang kampung yang sedang berkumpul di halaman rumah Tok Ketua.
Izzuan memandang wajah resah Asyraf. Matanya yang redup bagai meminta maaf kepada Asyraf kerana tidak mampu berbuat apa- apa.
Asyraf kematian akal. Bagaimana harus dia menentang orang kampung yang ramai sebegini? Sedangkan sekarangpun ibu bapanya menegah dari mencampuri urusan gila Halimah dan konco- konconya.

Aysraf tidak lena tidur malam itu. Wajah Hartini seringkali mengintai sepi. Mula- mula wajah ayunya yang akan menjengah. Tersenyum memandangnya. Namun, wajah itu perlahan- lahan berubah menjadi hodoh dan Hartini meraung- raung meminta tolong pada sesuatu yang tidak kelihatan. Dan setiap kali itulah Aysraf akan terbangun dengan keringat yang membasahi tubuhnya.
Usai solat Subuh, Asyraf berteleku merenung sejadah. Jika ibu bapa Hartini masih hidup, tentu perkara ini tidak terjadi. Jika Halimah tidak termakan hasutan syaitan, Hartini tentu telah berada di sisinya, tidak kiralah bagaimanapun paras wajahnya. Seketika, Asyraf beristighfar kembali, rasa berdosa menyelinap ke dalam diri kerana menyalahkan takdir yang telah tersurat.

Dia masih ingat bagaimana Izzuan terkocoh- kocoh ke rumahnya untuk memberitahu tentang Hartini yang dijumpai pengsan di rumahnya oleh Esah. Asyraf bergegas ke rumah Hartini. Rumah yang menjadi peninggalan arwah ibu bapanya yang baru meninggal seminggu yang lalu.

“Akak jumpa Tini dah pengsan, muka tersembam ke lantai. Bila akak terbalikkan mukanya…,” suara Esah mengendur, serba salah untuk meneruskan kata- kata. Aysraf mendapatkan Hartini yang dibaringkan di ruang tamu. Mengucap panjang Asyraf apabila dilihatnya wajah Hartini yang terkenal anggun dan memikat itu telah bertukar hodoh. Lagaknya seperti disimbah asid dengan kesan terbakar di seluruh muka. Baru pagi dia bertemu Hartini. Mustahil!
Hartini yang tersedar beberapa ketika selepas itu mengalami trauma yang dasyat apabila melihat wajahnya di cermin. Dia malu untuk berdepan dengan Asyraf dan orang lain. Saban hari dia hanya meraung meratap sendiri dan menguncikan diri di dalam bilik.

Setelah dipujuk rayu Esah, Aysraf dan Izzuan, barulah Hartini setuju untuk dibawa ke hospital namun, tidak banyak yang dapat dibantu doktor. Perubahan mendadak wajahnya itu dikategorikan sebagai penyakit misteri. Tiada ubat yang dapat dikenalpasti bagi membantu Hartini.

Maka, Hartini pulang ke rumah dengan hati yang berat. Berita tentang perubahan wajahnya cepat saja merebak bagai api yang memamah daun- daun kering lalu bahangnya menjadi penyumbang rangkaian fitnah yang sukar dibendung- Hartini dituduh mengamalkan ilmu hitam.
Kononnya ada sihir hasilannya yang berbalik memakan diri mengakibatkannya merana kerana racun buatan sendiri.

Beberapa siri kejadian malang yang terjadi di kampung itu dikaitkan sebagai angkara sihir Hartini walhal penuduhnya tiada bukti. Membuta- tuli Hartini dijadikan subjek untuk menidakkan qada’ dan qadar Tuhan. Hinggakan pertunangan Hartini dan Asyraf juga dianggap berhasil kerana Hartini mengguna- gunakan Aysraf.

Beberapa pendomba dan penghasut utama seperti membentuk kumpulan sendiri diketuai Halimah yang kelihatan begitu mendendami Hartini kerana kononnya Tok Ketua sendiri pernah dihantui penyakit angau terhadap Hartini akibat sihir. Hartini juga dituduh menyebabkan kematian ibu bapanya sendiri untuk medapatkan harta yang sedia maklum banyak itu.

Maka pada malam hujan rebas turun membasahi bumi Kampung Bendang itu, Hartini dihalau kasar dari kampung tanpa belas kasihan. Dia tidak diberi peluang langsung untuk membela diri. Asyraf dan Izzuan yang cuba mempertahankan Hartini juga teruk dipukul.
Akhirnya, Hartini akur dengan kehendak zalim segelintir orang kampung yang telah buta hati itu lalu melarikan diri ke dalam hutan belukar berdekatan kawasan kampung itu.

Sepeninggalannya, warisan harta arwah ibu bapanya jatuh ke tangan bapa saudaranya, Amat.
Gembira bukan kepalang orang tua itu apabila menerima berita tersebut. Beberapa malam selepas itu, dia syik keluar berjoli tanpa memikiran nasib anak saudaranya yang sedang menderita itu.
Aysraf yang dipukul orang kampung pada hari Hartini dihalau, terlantar sakit di rumahnya lebih seminggu. Bukan fizikalnya yang parah, tetapi hatinya yang remuk musnah mengenangkan tunangnya itu.

Sebaik sahaja Asyraf mampu bangkit berdiri, dia menggagahkan diri menjejak Hartini.
Kejap dalam hati harapan agar Hartini tabah mengharung yang sedang dialami. Hutan belukar tempat terakhir Hartini dilihat sebelummenghilang diredah Aysraf tanpa dimaklumkan kepada sesiapa.
Dari pagi dia meredah hutan belukar itu, cuba mengesan tanda- tanda Hartini pernah lalu di situ. Memang sukar kerana sudah lebih seminggu Hartini menghilangkan diri. Apabila senja menjelma, Asyraf berkeputusan untuk pulang sebelum kehilangannya dikatakan angkara Hartini pula.
Dalam kesamaran cahaya jingga senja, Asyraf berlari- lari anak berpatah balik mencari laluannya pagi tadi. Tiba- tiba, kakinya tersadung akar kayu. Asyraf rebah menyembah bumi. Kepalanya terhantuk pada seketul batu. Terasa kepalanya berpinar dan pandangan beransur kabur. Seketika sebelum dia hilang kesedaran diri, ada bayang melintasi pandangan. Cahaya kirmizi senja bertukar hitam.

Asyraf tidak pasti berapa lama dia telah pitam namun dia pasti hari telah larut malam. Bunyi cengkerik yang bersahut- sahutan membangkitkan kesedarannya. Terasa peluh bermanik di dahi.
Dia yang sedang terbaring, cuba duduk mengumpul kudrat untuk berdiri. Dilihat sekelilingnya. Lain benar tempat ini dari tempat dia jatuh tadi.
Sebentar kemudian, bunyi ranting patah kedengaran. Asyraf menoleh pantas. Apabila dia terlihat kelibat seseorang, jantungnya seperti berhenti berdegup seketika. Hartini melutut menghadapnya dengan senyuman. Walaupun wajahnya sudah berubah, senyuman itu masih dia kenal. Senyuman itu masih manis dan menenangkan.
“Tini masih di sini? Syukur Alhamdulillah,” Asyraf memanjatkan kesyukuran.
Doanya sebleum ini nyata tidak sia- sia. “Tini, abang datang mahu membawamu pulang,”
Serentak Aysraf menghabiskan kata- kata, senyuman Hartini lenyap dari wajahnya. Hartini menggeleng lemah.

“Pulanglah, bang. Pulang ke pangkuan keluargamu. Tini tidak boleh mengiringimu pulang. Kejadian hitam itu akan berulang jika Tina kembali,” sayu suara Hartini menggamit perasaan seorang kekasih.

“Tapi abang tak akan pulang tanpamu. Marilah kita pulang, Tini. Ataupun kita tak perlu pulang ke Kampung Bendang. Kita boleh terus ke Bandar. Kita bernikah jauh dari mereka. Abang pasti...abang pasti orang tua abang akan merestui kepeutusan ini,” pujuk Asyraf lagi.
“Tidak, bang. Masih ada sesuatu yang belum selesai. Masih ada dendam yang belum terlerai,”
Asyraf terkedu. Lain benar nada suara Hartini itu.
Bagaikan hatinya kini penuh kesumat yang membakar diri.
“Tinggalkan urusan pembalasan kepada Allah, Tini. Bagaimana tentang kita?”

“Pulanglah, bang. Tini pasti abang akan bertemu jodoh yang lebih naik. Pulanglah selagi abang boleh. Tini tidak akan mengapa- apakan abang dan keluarga, tetapi Tini mohon maaf kerana terpaksa menghukum mereka yang membuatkan Tini begini!”

Seketika mata mereka bertemu, lalu Hartini bangkit dan segera berlari semakin jauh ke dalam hutan. Asyraf mahu menjejaknya namun dia tidak mampu. Sekujur tubuhnya terasa lemah.
Baru dia sedar yang dia telah berada di pinggir hutan belukar itu. Tentu Hartini yang yang membawanya sejauh ini. Hatinya pilu untuk meninggalkan hutan itu, namun dia pasti Hartini nekad enggan bertemu dengannya lagi. Buat pertama kalinya, Asyraf benar- benar merasa kecewa merantai dirinya.
Beberapa hari selepas kejadian itu, sejenis penyakit ganjil menyerang penduduk kampung. Tubuh penghidapnya akan merasa lemah, seluruh tubuh akan menggeletar dan mereka enggan makan. Mereka juga sering dibayangi igauan ngeri diiringi racauan yang tidak tentu butirnya. Halimah dan Amat adalah yang paling teruk menghidapnya. Ternyata orang alim yang cuba mengubati mereka mendakwa bahawa ia perbuatan sihir.

Mendengar khabar tersebut membuatkan Asyraf teringat akan kata- kata terakhir Hartini kepadanya. Dia enggan mengandaikan bahawa kejadian pelik ini adalah hukuman yang dimaksudkan Hartini tetapi hatinya kuat mengakui. Asyraf takut Hartini terjerumus mengamalkan amalan syirik demi membalas dendam. Dia sedar, manusia mudah saja dirasuk syaitan tanpa pendirian yang teguh lebih- lebih lagi diwaktu hebat diuji Tuhan.

Adakah benar Hartini benar- benar gagal menghadapi ujian ini? Asyraf maklum sihr hanya akan memecah belahkan silaturrahim dan merebakkan panyakit hasad dengki seperti suatu wabak. Jika telahannya yang ini benar, ternyata Hartini tumpas menjadi mangsa setaraf dengan mereka yang telah menganiayainya. Atau mungkin juga kejadian ini sekadar pembalasan dari Allah buat mereka yang telah menganiayai insan yang tak berdosa.

Sehinggalah Halimah, Amat dan beberapa orang kampung meninggal akibat penyakit ganjil itu, khabar angin terbongakar menyatakan Hartini menghidap penyakit ganjil asalnya akibat perbuatan sihir Halimah dan Amat. Selepas itu, kisah Hartini seperti hilang ditiup angin. Namun, Asyraf masih setia untuk menunggu jendela rumah Hartini dibuka kembali tuannya suatu hari nanti.

Top Five Lecturers to me…

I do not mean that other lecturers are not good, they are all outstanding and without them, I would not be able to reach this stage. Thank you to all. But these top ten lecturers to me are the ones who had done more just teaching me. Lecturers who left vivid image in my life in UTP. Lecturers who knows my personal interest, my childhood, my ambition and most importantly, have become a friend or a father/ mother to me in UTP. I don’t want to rank them because I think they are all important to me in different aspect. Here are they:

1.Mr. Amzairi
Including this semester, it had been three semesters Syahid, Shaz and I have a class with him (POM, IB and POF). I always go and see him if I need advice on the subjects he taught and it turns out that he used to live nearby the area I lived now. He knows me well, always give advice about students’ life and regard me as his daughter. “Kalau ada apa- apa jumpe je saya. Awak ni dah macam anak saya dah,”. I’m going to get his advice on the business plan I’m going to device for a rabbit farm since that he used to teach SBE before Dr. Satirenjit came (there’s a story behind this one.)

2. Mrs. Aliza
Thought me and my BIS colleagues System Analysis and Design before. She also gave advices and guidance during our CDC event. Although very well- known of her strict personality during class and project presentation, she is very friendly towards the students when outside the class. Very business- minded as most of my friends will agree.

3. Ustazah Asyiqin
She shares the same interest in Malay literature as me only that she is more towards Islamic literature. Interested in Faisal tehrani writings as I do and I used to see her to discuss about this interest with her.

4. Ms. Subarna
I never had a long chat with her but she is the lecturer who had always given the support and guidance for me to pursue English writings. It started when I sent her my short stories for her to check and it turns out that she likes it and ask me to type them down. Unfortunately, I had only managed to do that this semester.

5. Pn. Khalidah
For my BIS Jan05 colleagues, taking Corporate Ethics subject will be the third semester (Business Management, Principle of Economics) being in her class. She knows most of the students in the class and never fails to give advice and greet those students she recognized if we meet her.

There are also the favorite lecturers which I tribute to their dedication and good relationship with students while maintaining their style of teaching to ensure good results in students.

1. Ms. Noreen Izza
Famous of her ‘check it out’ phrase, those who took KMD had been in her class twice. Her style of teaching really captivates me. She encouraged students to answer and never condemns that if the answer is wrong. Have very good relationship with students.

2. Ms. Rozana
Also has great style of teaching. Like Ms. Noreen, She encouraged students to answer and never condemns that if the answer is wrong. Importantly, she knows how to handle the boys in the class.

3. Mr. Md Noor Rosli
Those who have been in his PCS class will definitely agree with me that he had relaxing, matured but fun approach of teaching. Had recently being promoted, he is undoubtedly a role model of what a lecturer should be.

4. Dr. Rohani
I had only been in her class once to date but those who had taken HRM should have fresh memory of her great teaching.

5. Ms. Savitha
Being in her IKM and KMD classes is really fun. She knows ways to capture students’ attention during IKM lab session through games only that she is quite strict in giving marks.

To these lecturers and others, thank you for all these years. Without you guys, my colleagues and I would not be able to reach this far.

THANK YOU=)

My Favorite Books- would like to recommend it to you guys!

I don’t really read novels much because I’m more interested in encyclopedias, cooking recipes, history type of books and educational books just like my father but NOT textbooks please…I am the only one in my house besides my father who read the books he bought and kept in the book rack.

My younger sister and brother are not really interested in books unless if it have many pictures in them. But we do enjoy comics together. I guess it suits my younger sister, Arafah who is taking Landscaping course in UTM Skudai just this year and my younger brother, Azhar who dreams to take on interior design.


I’m happy for them because they have what they want in their mind and I hope Azhar will get to pursue his studies in Interior Design. I, however have a great passion in English and Malay Literature. My dream was to take on TESL in New Zealand but my mother would not allow it. But I guess there is always a bright side of everything. Although I’m in UTP doing Business Information Systems, I still continue to write stories. I hope that one day I can pursue studies in Literature.


I do spent time to read novels though. One of my weaknesses when reading something is that it will be very hard for me to stop once I had started to read. So, I like to avoid reading novels unless I really cannot resist them. Here are some of the novels which I like:


Malay Fiction
Perempuan Politikus Melayu by Faisal Tehrani

Enrique- Mengundang Jauh by H.M. Tuah Iskandar

1511 H- Kombat by Faisal Tehrani

1515 by Faisal Tehrani

Pei Pan by Ramlee Awang Murshid

ADAM by Ramlee Awang Murshid

Bagaikan Puteri by Ramlee Awang Murshid

Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid

Semangat Hutan by Ramlee Awang Murshid

Tombiruo by Ramlee Awang Murshid

Tombiruo Terakhir by Ramlee Awang Murshid


English Fiction

The Historian by Elizabeth Kostova

Harry Potter series by J.K. Rowling

Pride and Prejudice by Jane Austen

Instrument of Night by Thomas H. Cook

The Witchfinder by James Morrow

Century by Sarah Singleton

Thursday, 13 November 2008

Hentian Terakhir..what is it all about?

Bagi menjawab persoalan nyamouq yang kate masih tak faham dengan stroryline novel Hentian Terakhir (sila lihat post Hentian Terakhir: Mengabadikan kisah Ridzuan- Izzati?) aku nak ambil kesempatan memberi sinopsis sket...

Novel nie bergenre thriller..watak utama dipegang oleh Nuradila (kawan mase kat STF dulu). lelaki plak Khairil (dari nama sebenar Khairil Azlan- kawan sekolah rendah n budak kampung aku)..Khairil dalam cerita ini adalah bapa saudara Nabiha, kawan baik Nuradila tapi Khairil nie hanye tua beberapa tahun je dari diorang.

Watak2 laen2 termasuklah:
Nabiha (dormate mase kat STF n kwn syahid mase kat SMKA)
Shan Yun, Izzati, Ridzuan- kawan ofis Nuradila (nama2 my friends kat UTP)
Syafiq-(also my schoolmate mase sekolah rendah)
dan banyak lagi...xterkire..ada yang nama blom dapat difikirkan lagi..=)

Nuradila nie ade trauma sket kalo pasal train/ keretapi coz ade peristiwa pernah berlaku tapi die tak ingat. konflik bermula bile die terperangkap dalam rompakan yg terjadi dalam keretapi dan ibu bapa die terlibat dlm kemalangan. Nabiha plak berdepan dgn masalah keluarga anak murid di sekolahnya- Sekolah Kebangsaan Pulau Sebang (sekolah aku dulu selain Sek. Keb. Sri Manjung). So, one event leads to the other...

sori xleh reveal banyak2..nanti dah xsaspen..huhu..oklah..

till we meet again..laen kali aku post cerpen yang ada nama Izzuan & Asyraf ye.."Jendela Sepi".


Miri 2nd Edition: Mengenang Miri 1973

Tajuk blog nie sebenarnye lebih merujuk to my father yang pernah ditugaskan ke Miri pada tahun 1973 sebagai seorang Askar Melayu. Masa tu dia tak naek kapal terbang ke Miri, instead he board on a ship from Pelabuhan Kelang & the journey took 5 days.

Masa aku & Syahid dah tiba penghujung time kami intern di Miri, my parents datang ke Miri dengan dua objektif: menjemput aku pulang & makan angin di Miri. Inilah kali pertama mak aku datang ke Miri.


Memandangkan housemate Syahid, Solut dah balik awal ke Semenanjung & rumah sewa Syahid lebih selesa, parents aku pun tinggal di rumah dia. Aku pun dah siap2 kemas semua barang2 aku & bawak semua ke rumah Syahid. Housemateku, Zarith juga dah pulang ke Semenanjung manakala Fiza sudah pulang ke Bekenu. Barang2 lebih makanan dan keperluan laen kuserahkan pada Bil dan housemetnye yang laen.


Hari kedua di Miri, ayah aku menyatakan hasrat nak berjalan- jalan di Miri. Syahid pun meng’offer’ kereta sewa kami untuk kegunaan ayah tapi ayah taknak. Katanya nak naik bas je. Sepanjang kami lapan bulan di Miri, tak pernah sekalipun kami naik bas untuk berjalan- jalan di sekitar Miri, tapi ternyata ayah dah pasang niat awal- awal. Lepas kami pergi kerja, ayah menghilang sorang2 naik bas ke Bandar Miri.


Ayah balik bila hari menginjak petang. Rupanya die menjejak kembali masjid lama yang dulu ayah dan rakan2 askar yang lain pernah mengerjakan solat Jumaat.
Kebetulan hari tu hari Jumaat. Punyalah lama ayah menunggu jemaah sampai untuk solat Jumaat. Bila bertemu dgn sorang lelaki bile melewati waktu Zohor, barulah ayah tahu yang solat Jumaat dah xdijalankan di masjid tersebut. Semua dah berpindah ke masjid berdekatan yang lain. Kami semua pernah singgah ke masjid tu sekali lagi. Aku sempat menatap papan tanda yang mencatatkan nama2 imam masjid tersebut sepanjang kewujudannya. Rupa- rupanya masjid tersebut dah dibina semenjak tahun 1953 lagi.

Ayah benar- benar cuba menjejak kembali memorinya semasa di situ suatu ketika dulu. Dicarinya kawasan kampung berdekatan masjid tersebut yang sekarang ni dah bertukar menjadi bandar yang pesat membangun. Muara di mana ada pelabuhan pernah didirikan pun dah tiada, malah muara tersebut sendiri dah diubah haluannya.


Aku dan Syahid membawa mak & ayah ke tempat2 yang mampu kami bawa seperti Muzium Petroleum yang dibina hasil kerjasama PETRONAS dan Shell, Grand Old Lady di mana telaga minyak pertama di Malaysia dibina, Esplanade untul menyaksikan matahari terbenam, Lambir Hill National Park untuk picnic (sebelum tu kami terpaksa jungle- trekking kira- kira 20 minit sebelum sampai ke kawasan air terjun. Nasib baik mak dan ayah kuat lagi nak berjalan) dan kedai2 souvenir sambil ayah sibuk cuba mengenali kedai2 lama yang masih wujud hingga sekarang. Ternyata ingatannya kepada masa silam masih kuat walaupun usianya sudah 55 tahun.


Kami berangkat pulang pada hari Isnin. Sempat pula kami ke ofis bagi menyelesaikan beberapa tugas penting sebelum bersapa buat kali terakhir dengan staff department kami sebelum kami pulang ke rumah untuk mengemas pula.

Syahid pulang lebih awal manakala aku dan parents menunggu di airport hingga malam sebelum akhirnya kami pulang ke Semenanjung.

Skrip teater psiko-triller English "The Lost Memory"

Aku diminta untuk menulis skrip play dlm english & bergenre thriller oleh ex-housemate ku, Zarith. untuk rakan2, aku pun ingin berkongsi babak pertama dalam skrip nie. nama2 characternye mungkin familiar buat kite..enjoy!

SCENE 1 (THE LOST MEMORY)


Characters: Taufiq, Idham, Zailan, Alex, Melissa, Insp. Faris, Dr. Khairul
Time: Undefined
Place: Drop- down white translucent veils are everywhere on the stage.

(Taufiq already sits on a stool in the middle of the stage, looking at the floor. Idham, Zailan, Alex, Melissa, Insp. Faris and Dr. Khairul are standing in ‘freeze’ position behind the veils with various poses. The lighting is dimmed and slowly the spotlight shone at Taufiq who will looked up at the audience. The spotlight will follow Taufiq.)

Sound effect: The Lost Memory soundtrack played using the piano

Taufiq: Have you ever felt how it feels to lose you memory?
(Taufiq get down from his stool to walk around the stage among the veils and other characters.)
The emptiness, the coldness, the silence, pointless, vulnerable, naĂŻve.
(Taufiq faced Idham with neutral expression for a few second and walked towards Zailan.)
It’s like walking through never-ending translucent veils.
(Taufiq faced Zailan with neutral expression for a few second and walked towards Dr. Khairul.)
You never know who would come for you and who had gone from you.
(Taufiq faced Dr. Khairul with neutral expression for a few second and walked towards Insp. Faris.)
You forget the memories you had ever had.
(Taufiq faced Insp. Faris with neutral expression for a few second and walked towards Melissa.)
You feel alone, wondering what you should be doing before you lose your precious memories.
(Taufiq faced Melissa and a happy smile came to his face and he stayed there until the stage darkened a few second after.)selain play nie, aku pernah menulis skrip drama bahasa Melayu bertajuk 'Pengemis Rindu' masa foundation dulu. time drama n teater 1...pelakon2 utama termasuklah Syahid, Dalilah, Pali, Arif etc. mereka nie memang berbakat & aku rase x rugi kalo skrip nie dipentaskan diorang=)

Till we meet again..
p/s: Nantikan kemunculan koleksi short stories ye..(Kalau ade rezekilah~)

Soalan Test 2 Principle of Finance yang Paling Mencabar

30 Oct lalu, aku, Syahid, Bonet & Shaz (golongan ketinggalan kelas POF) menjawab soklan POF test 2 di dalam kelas 21-01-04 jam 5 pm. Gementar tangan apabila membuka kertas soalan. Mujur semuanya soalan True False & objektif.

Sedang sibuk membelek kertas soklan, tetiba ade 2 lagi soalan tambahan tersesat. Soalan no.31 & 32. Soalan yang bagi kami paling mencabar antara semua soalan2 yang lain. Soalan yang membuatkan mamat2, minah2 foreigner & rakyat Malaysia yang tak peka dengan hal ehwal negara dan sesape yang xdtg lecture Tun Mahathir ternganga seketika.

31.
Malaysia’s current Minister of Finance is ______________________.
32. What are the content of Tun Mahathir’s Public Lecture which previously held in UTP?


Aku sendiri termenung memandang keluar pintu melihat awan yang semakin mendung. Kenapalah aku perlu jawab soalan sebegini? Inikah balasan untukku kerana tidak pernah hendak meng’google’ nama Finance Minister
Malaysia dan tak datang Tun Mahathir punye public lecture?

Aku menjawab soalan- soalan lain dengan tenang.
Namun bila sampai ke dua soalan yang terakhir tu, aku mengelamun jauh lagi. Cuba untuk mengingati kakalu- kalau aku pernah terbaca siapa Finance Minister Malaysia. Tiba- tiba, muncul dua nama di fikiran- Pak Lah & Najib. Sebab?

Pak Lah : Ada suara dalam otak aku mengatakan PM akan automatically jd Finance Minister

Najib: Aku terkenang Anwar yang pernah jadik Finance Minister mase dia jadik DPM. So maybe Najib yang DPM jadik Finance Minister gak


Hati aku berbelah bahagi.


Tiba- tiba Mr. Amzairi buat pengumuman dalam English (tapi kat sini aku siap2 translate BM lah)

“Sesape yang tak pergi lecture Mahathir, tulis je ‘Did not attend’.
Saya bagi free 1 markah terus daripada awak reka cerita & saya kena baca cerita yang tulis tu,”

Pergh! Aku terasa gile kot bab tu.
Baru jek aku ingat nak goreng & menulis novel pasal public lecture tu. Terbayang2 post Rector dalam eLearning. Nyesal gile aku tak baca betul2.

Last- last, aku tonyoh perkataan ‘Did not attend’ kat bawah soklan 32. Untuk soalan 31, aku dengan xconfidennya tulis ‘Dato’ Seri Najib Tun Razak’. Kata Amzairi, asalkan ada bunyi2 nama dia pun jadiklah. Aku tengok Shaz dan Bonet masih tekun mengadap kertas soklan. Syahid plak dah siap kemas2 stationery dia dengan
gaya tak sabar nak hantar kertas. Aku jeling soalan 32 die. Cis! Buat karangan plak mamat nie. Bukannya dia pergi lecture tu pun. Mesti die bace dalam eLearning nie. Lepas Syahid hantar kertas, aku pun pasrah menghantar kertas soalan aku.

Masa tengah menunggu Bonet, Syahid dengan konfidennya mengatakan Finance Minister adalah Pak Lah dengan kata- kata sinis “Basic kot~~” ditujukan khas buat aku. Aku pun pasrahlah dengan soklan tu.


Balik je bilik, entah kenapa hatiku terdetik untuk meng’google’ pasal tu.
Berbekalkan laptop awien, aku pun google ‘Malaysia Finance Minister’. Bila result search keluar, aku klik beberapa site.

Hatiku kecewa bila terbaca perkataan ‘Pak Lah will resume his post as the Finance Minister of
Malaysia’. Pastu ada blog gak yang listkan senarai cabinet baru pas pilihanraya yang lepas.

Bila aku buka blog2 yang laen, aku bagai diserang rasa gembira dan berjaya yang teramat sangat. Bertarikh 17 September 2008, Rabu, rupa- rupanya Pak Lah dah menyerahkan jawatan Finance Minister kepada Najib berkuatkuasa serta merta.
Aku tergelak gembira dengan rumetku.

Segera aku copy berita tu & paste kat gtalk Syahid dan menukar status gtalkku menjadi ‘Malaysia Finance Minister is NAJIB not Pak Lah. Basic kot~’. Lalu, status Bonet juga bertukar kepada ‘Katakan tidak pada soalan 31’.


Aku kegembiraan malam itu walaupun aku xjawab soalan 32…(^-^)

Friday, 7 November 2008

FYP1 Oral Presentation yang meng(*_*)kan....

Kol 8.40 baru aku & Syahid bertolak dari bilik. Aku risau dah lambat je. Bila mencari2 bilik presentation, baru kami sampai ke Multimedia Lab 1. Cuak plak kalo orang laen dah ramai. Aku masuk dulu ke dalam lab tu.

Tiba- tiba suara Dr. Azween lantang kedengaran. “Jannah, you present first, ok,” aku menganggu- angguk je sebagai reaksi refleks diterjah lecturer. Rupanya kamilah student pertama yang sampai, maka lecturer2 nie guna first come, first serve. Aku ingatkan dah lambat tadi. Syahid kene present pas aku. Aku terus pergi setup untuk presentation aku dengan masih termengah- mengah lagi.

Aku sempat menjeling sekeliling. Dr. Azween, Mr. Low Tan Jung & Ms. Nazleeni. Maknanya Dr. Halabi, Dr. Fadzil Hassan & lecturer DCN kesayangan Bonet, Abdullah Sani blom sampai lagi. Diingatkan lagi kami je budak BIS dalam sesi nie. Patutnya examiner aku Dr. Fadzil tapi sebab dia blom sampai, Low Tan Jung ganti.

Tengah2 aku present dgn konfiden & berjayanya, Abdullah Sani muncul diiringi Dr. Fadzil yang bawak mug kat tangan. Pegi breakfast dulu agaknya diorang. Dr. Halabi sampai lepas dipanggil Syahid.

Aku dah agak time Q&A adalah yang paling mencabar tapi yang bengangnya, Abdullah Sani tanya benda yang aku dah terangkan sebelum dia masuk. Kenalah ulang balik. Pastu bolehlah dia dengan Dr. Fadzil bisik- bisik, pastu gelak- gelak. Kutuk projek aku la tu. Sabar jela. Tapi yang bagusnya diorang nie, masing- masing banyak bagi idea tambahan. Aku appreciate gak la dapat sesi ni. Lecturer sume supportive walaupun ada yang saja wat2 sengal nak condemn. Aku wat muka selamba+senyum+konfiden je terima komen diorang walaupun dalam hati nak je cepat abes.

Soalan dari Ms. Nazleeni yang paling akhir dan paling aku ingat ialah:

“Kenapa pilih sound? Kenapa tak guna visual?”

“Maybe because I’m not familiar with that because I have to use face recognition and all…,”

“…which is easier, actually,” sambung Ms. Nazleeni. Oh, ye ke? Aku tak tau plak.. Untuk cover, aku cakaplah aku cooperate dgn student phD yang tengah wat thesis pasal sound. So aku pun amek opportunity ni. Akhirnya, giliran aku selesai. Alhamdulillah~

Giliran Syahid yang patutnya kene present pas aku dipotong oleh student Dr. Fadzil coz Dr. Fadzil kate dia ada hal nak kuar. Masa budak tu present, Iffat sampai. Sempat lagi die membelek slide presentation dengan laptop yang dibawak.

Time Syahid present, aku sempat mengupdate blog aku dengan PC yang ada kat situ. Bila aku tengok reaksi lecturer2 nie time Syahid present, dia pun kene macam aku gak. Kali ni Abdullah Sani bersekongkol dengan Low Tan Jung plak coz Dr. Fadzil dah kuar. Mula- mula bisik- bisik pandang slide Syahid, pastu diorang ketawa sendiri. Nasib baik examiner si Syahid merangkap SV aku, Dr. Azween OK sket. Tapi kalau dah semua bertanya, seksa gak nak layan sume.

Komen bonus dari Abdullah Sani untuk projek Smart Helmet Syahid:
“OK, we’ll see how you develop it, whether it will explode or not,” –memang pedas...

Maka, selamatlah presentation kami. Lepas dapat permission dari Dr. Azween & Dr. Halabi, kami keluar mengacau budak2 laen yang dalam lab laen menunggu giliran nak present. Nampaklah Awien dan Syaza yang berwajah ceria. Ceria ada makna?

Semoga semua berjaya=)

Monday, 3 November 2008

Hentian Terakhir: Mengabadikan kisah Ridzuan- Izzati?

Aku sedang dalam progress menulis sebuah novel berjudul ‘Hentian Terakhir’. Novel bergenre thriller romantic ni masih jauh lagi perjalanan ceritanya maka aku masih belum dapat menjangka bila boleh siap. Tapi, kat sini aku dengan gembiranya ingin berkongsi sedikit ekstrak dari novel karya aku ni. Dalam bab 13 ni, aku mengabadikan nama Ridzuan- Izzati, nama asal dari kisah Razak- Izzani yang terkenal dalam blog Nyamouq. Enjoy=)

BAB 13

Ayer Keroh, Melaka

Mei 2005

“KAU nak pindah? Ke mana?” tinggi suara Shan Yun menyoal Khairil yang menyatakan hasratnya untuk meminta berpindah dan berhenti dari Syarikat Penerbitan Suria Sdn. Bhd. dalam masa terdekat.

“Mungkin KL,” jawab Khairil ringkas. Dia menyuapkan nasi yang terhidang di hadapannya. Walaupun ada konflik perasaan begolak dalam hati Nuradila dan Khairil, mereka serta Shan Yun, Izzati dan Ridzuan masih sering keluar makan tengah hari bersama- sama.

Nuradila memasang telinga. Dia tahu walaupun Khairil langsung tidak memandangnya semasa menyatakan perkara perpindahannya itu, maklumat itu sebenarnya hanyalah untuk pengetahuaanya.

“Bukankah kau baru setahun di sini? Kenapa cepat sangat? Takkan merajuk sampai nak lari ke KL” Izzati pula bersuara. Ternyata ada teka- teki bermain di fikiran masing- masing dan jawapan kepada teka- teki itu menjurus kepada penyebab yang sama- Nuradila.

Walaupun Shan Yun, Izzati dan Ridzuan tidak memandang tepat ke arahnya, Nuradila maklum yang mereka sedang membuatnya faham bahawa dialah penyebab Khairil berhasrat begitu. Nuradila tahu bukanlah niat mereka untuk menyalahkannya, sekadar untuk mengusiknya. Nuradila pula tidak memberikan sebarang reaksi. Takut terperangkap pula jika dia menyuarakan apa- apa.

“Aku bukannya merajuk. Kawan di KL baru telefon minggu lepas. Katanya di tempatnya sekarang ada position kosong untuk Graphic Designer. Aku ingat nak cuba nasib di sana. Lagipun aku dah ada rumah di KL. Tak susah nak cari rumah nanti,” jelasnya cuba berdalih. Nampaknya Khairil juga dapat mengesan dia dan Nuradila sedang diperli oleh rakan- rakan sekerja mereka. Khairil mencuri pandangan kea rah Nuradila duduk paling jauh daripadanya. Mungkin untuk melihat reaksi Nuradila dalam menghadapi usikan mereka. Ternyata, Nuradila kelihatan bersahaja.

“Lagipun aku ada atau tiada pun, tak beri kesan pada syarikat pun,” kali ini suara Khairil kedengaran mendatar. Ada kecewa berbaur rajuk di dalam suaranya. Serentak Shan Yun, Izzati dan Ridzuan menoleh ke arah Nuradila. Tersentak Nuradila dibuatnya. Menyedari perlakuan mereka yang terlalu menyerlah itu, Shan Yun, Izzati dan Ridzuan segera memandang ke arah lain. Mereka sendiri tidak menyangka akan memberi reaksi yang sama. Seketika kemudian, terhambur gelak- ketawa dari mereka. Nuradila dan Khairil terkedu melihat gelagat mereka.

JAM di dinding pejabat itu telah menunjukkan masa makan tengah hari telah tiba. Sedikit demi sedikit pejabat kian kosong. Nuradila berkira- kira samada mahu turun makan di kafeteria sahaja atau di gerai- gerai biasa di luar sana. Beberapa kali di perlu buat tidak perasan apabila rakan- rakan sekerjany yang lain memandangnya dengan pandangan pelik apabila lalu berdekatannya. Muak Nuradila dengan perangai mereka.

Nuradila memandang sekeliling. Mungkin dia boleh mengajak Shan Yun untuk makan tengah hari sekali.

Baru sahaja dia mahu bangun dari tempat duduknya, Izzati muncul di hadapannya.

“Aku nampak borang mohon cuti kau di tempat Kak Tanuja tadi. Katanya kau nak ke KL seminggu. Betulkah?” tanya Izzati. Ada ekspresi pelik di wajahnya.

“Betul. Nak teman jiran aku melawat rumah bapa saudaranya di KL. Kenapa?” giliran Nuradila pula bertanya.

“Oh, yakah? Aku ingatkan kau nak ke KL sebab nak jumpa Syafiq. Dengar kata dia sibuk cuba nak telefon kau dari minggu lepas,” Izzati menjelaskan perkara yang bermain di fikirannya. Padanlah mukanya semacam semasa bertanya tadi. Tentulah dia pelik jika niat Nuradila ke Kuala Lumpur untuk bertemu Syafiq.

“Tak adalah. Buat apalah aku nak jumpa dia balik?” Nuradila menyambut anadaian Izzati tadi dengan ketawa. Sekadar untuk menunjukkan betapa tidak logik andaian yang telah dibuat Izzati itu.

“Manalah tahu kalau- kalau ada rindu bertandang di hati,” ujar Izzati berkias sambil tersenyum simpul. Nuradila hanya menggeleng- gelengkan kepala.

“Keluar makan dengan siapa?” Nuradila segera menukar topik perbualan. Dia enggan diasak dengan lebih persoalan yang berkaitan Syafiq.

“Dengan siapa lagi?” Izzati memandang ke arah Ridzuan yang sedang berjalan ke arah mereka. Nuradila tersenyum sambil matanya mengerling ke jari manis di tangan kiri Izzati. Sebentuk cincin belah rotan bertakhta di situ. Mereka baru sahaja bertunang dua minggu lepas. Dia sendiri bertandang ke majlis pertunangan mereka yang serba sederhana itu di rumah ibu bapa Izzati di Seremban. Keluarga Ridzuan pula tiba jauh dari Kedah untuk majlis pertunangan mereka itu. Melihatkan kebahagiaan Izzati dan Ridzuan itu membuatkan dia memikirkan tentang dirinya sendiri. Tidak semena- mena bayangan Khairil datang menari- nari di ruang matanya.

“Tak keluar makan?” Ridzuan menyapa Nuradila.

“Kejap lagi. Ada kerja lagi sedikit,” jawab Nuradila ringkas sambil matanya mencari- cari kelibat Shan Yun. Kalau rakannya yang seorang lagi itu belum keluar, bolehlah mereka makan bersama- sama. Dia tak ingin mengganggu pasangan yang sedang hangat bercinta itu.

“OK. Kami pergi dulu. Jom, sayang,” Ridzuan mengajak Izzati pergi. Izzati hanya menurut sambil tersenyum melambaikan tangan pada Nuradila. Setelah mereka hilang dari pandangan, Nuradila melepaskan keluhan perlahan.

Nuradila bangun menuju ke tempat Shan Yun. Dilihatnya Shan Yun sedang mengemas- ngemas meja dan barang- barangnya dengan tergesa- gesa. Kehadirannya di situ langsung tidak disedari sehinggalah Shan Yun sendiri menoleh untuk berlalu.

“Eh, bila masa you datang sini? Sorrylah I tak perasan kelam- kabut sangat tadi. I nak pergi jemput my boyfriend dari KL di Melaka Sentral. Pagi tadi dia baru sampai di KL dari Australia. Terus dia naik bas ke sini,”jelas Shan Yun sambil mencari- cari sesuatu di dalam beg tangannya. Mungkin sedang mencari kunci keretanya. Walaupun nampak kelam- kabut, wajahnya jelas terpancar kegembiraan dengan kepulangan teman lelakinya itu.

“Oh, boyfriend you yang tengah further studies di Australia tu? Dia balik cuti?” Nuradila bertanya ceria. Tumpang gembira dengan rakannya itu.

“Iya. Katanya nak sambut birthday I sama- sama this weekend. Rasa tak sabar pula,” kata Shan Yun penuh ceria. “I pergi dulu, ya. Takut lambat pula,” kata Shan Yun setelah bejaya menemui kunci keretanya.

“OK,” Nuradila menjawab. Nasib baik dia tidak sempat mengajak Shan Yun untuk makan tengah hari bersama- sama tadi. Jika tidak, tentu Shan Yun akan berasa serba salah untuk pergi. “Send my regards to him,”

Shan Yun menyambut pesan Nuradila itu dengan mengenyit mata. Seronok benar nampaknya. Sebaik sahaja kelibat Shan Yun hilang, Nuradila terasa seperti keadaan sepi di dalam pejabat itu mengajuknya. Mengajuknya kerana dia tiada teman yang boleh dikongsi perasaan cinta dan sayang. Hanya bunyi penyaman udara sayup- sayup kedengaran di telinga.. Buat kesekian kalinya, Nuradila benar- benar terasa keseorangan.

Dia duduk di kerusi Shan Yun. Selera makannya semakin menghilang. Segera ingatannya melayang ke Nabiha. Baru pagi tadi mereka berbual sekejap tentang tarikh cadangan Nabiha untuk mereka ke Kuala Lumpur supaya dia boleh memohon cuti. Hasrat mereka itu juga telah dinyatakan pada Zaidi dan Salmah. Tidak teragak- agak untuk mereka merestui.

Nuradila terbayang pada waktu- waktu ini, tentulah Nabiha sudah bersiap- sedia untuk balik kerana sesi persekolahan telah berakhir.

Walaupun Nabiha mempunyai kereta sendiri, dia lebih selesa berjalan ke sekolah kerana sekolah itu tidaklah jauh dari rumah. Cuma perlu berjalan menerusi kawasan perkuburan Islam sahaja. Pada waktu pagi dan tengah hari, sepanjang jalan dari taman perumahannya ke sekolah biasanya penuh dengan kanak- kanak yang berjalan ke sekolah. Seronok katanya apabila berjalan di kalangan anak- anak muridnya itu sambil memerhatikan gelagat mereka.

Teringat pada Nabiha langsung mengingatkannya pada Khairil. Dia hairan walaupun baru mengenali lelaki itu, ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Namun, perasaan itu bukannya datang dari benak emosi. Jauh sekali perasaan sayang atau cinta. Sekadar mahu mangenali lelaki itu dengan lebih dekat. Sesuatu yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan.

Nuradila memandang ke jam dinding pejabat. Lama benar dia mengelamun. Mungkin dia patut membeli nasi bungkus di kafeteria dan makan di pejabat sahaja. Tidak ingin pula dia kelihatan makan berseorangan di kafeteria nanti. Dia menginjak bangun dari tempat duduk.

Tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nama yang tertera pada skrin, dia terus menjawab panggilan tersebut.

“Assalamualaikum, Dila. Jom makan sama- sama. Saya ada di seberang jalan depan ofis Dila.”

Terkejut Nuradila mendengar suara Khairil di hujung talian sehingga terlupa untuk dia menjawab salam.

Salam promosi~

Kenangan Foundation 1st Semester (January 2005)

Apabila memikirkan kurang 10 bulan lagi akan grad (insyaAllah), kenangan masa foundation 1st semester kembali menggamit memori. Macam- macam peristiwa terjadi bila difikirkan kembali dalam masa satu semester tu. Yelah...baru nak belajar berjinak- jinak dengan kehidupan sebagai mahasiswi. Nak sesuaikan diri sebab dulu 5 tahun sekolah semua perempuan. Bila masuk UTP, rasa janggal bile terpaksa berkomunikasi dengan bdk2 lelaki. Antara 9 benda2 yang masih segar tepahat dalam kenangan time foundation 1st semester:

1. Minggu MAS. Facee grup aku adalah kak Hafsah & Abang Is. Antara grupmet aku yang aku masih ingat adalah Ayuni, Hannah, Lest Maulada, Syahid, Jaffa, Hafiz, Adlina dan lain2 (sori yang mana aku xingat). Ada antara nama2 tu aku abadikan dalam cerpenku yang bertajuk ‘Abang Is dan Abah’. Facee yang paling feymes time nie adalah Azam, mamat Kelantan yang terer berdikir barat. Terkejut aku bile die muncul dalam kelas Principle of Finance yang aku baru ambil sem nie. Seingat aku, time MAS die dah second year. Kirenye die dah tukar ke course BIS.

2. Fire drill time MAS. Aku bangun agak lambat bile loceng berbunyi. Aku ingat loceng alarm clock bdk2 len. Aku turun ke bawah dengan tergesa- gesa dan akibatnya aku kene sembur dengan air pili bomba. Menggigil gak la aku kene mandi kat luar kol 4 pagi.

3. Join Induction Day Kelab Kembara. Kene jungle- trekking kat Kuala Woh. Memang seronok time tu coz pengalaman baru. Dulu sekolah jarang pegi jungle- trekking btol2.

4. My first ever handphone (Nokia 3310) terjatuh dalam toilet kat bawah Lecture Hall. Terpana kejap bile sedar xde ape yang boleh dibuat untuk retrieve handphone tu. Maka dengan scholar pertamaku, handphone baru (Nokia 2XXX) dibeli kat Ipoh & aku tak nyesal membelinya coz sampai sekarang masih boleh guna (walaupun dah ratusan kali jatuh bersepai) dan memberi bakti padaku.

5. Manage my first ever event in UTP- Family Day Smartgroup Rakan Masjid. Yang ini pasti ramai yang ingat coz ada golongan tertipu menyertai. Haha…alkisahnya, sekumpulan kanak- kanak lelaki telah terpengaruh untuk join event nie walhal diornag xtau nie event Rakan Masjid. Bila dah datang briefing, barulah mereka sedar perkara sebenarnye. Siapakah golongan2 ini?? Fikir- fikirlah sendiri. Clue: Kebanyakan budak ICT/ BIS Jan 05. From positive perspective- xpelah memandangkan event yang membawa kebaikan sambil merapatkan silaturrahim.

6. Ada kumpulan budak2 laki yang sengal mase tutorial English I boleh tersilap dengar & silap tafsir yang aku ni berasal dari Yala, Thailand. Focus person pendurjana ini: Jalal & Bob. (Jangan ingat aku dah lupa) Disebabkan kejadian tu, aku terpaksa menghadapi hari- hari yang sukar dan mendengar ulah dan karenah kawan2 diorang sekali.

7. First date aku dgn Syahid ditemani Zana & Syaima’. Tapi Syahid kene tinggal coz die bangun lambat. Akhirnya die kene naek bas laen menuju ke lokasi date kami yang pertama: Ipoh Parade.

8. Melepak2 di Café Old V5. Suka sangat makan bihun sup kat gerai Maksu. Mi sizzling kat situ pun sedap. Seronok bile mula mengenali Oyama, Najib, Luqman, Helmi, Amir, Syaza & Mira.

9. Aku suka sangat environment kat Old V5 dulu. Aman damai je. Bebas dari gangguan luar. Buat hal sendiri jek. Ada tasik yang tepi blok Tembungo. Aku masih teringat- ingat lagi macammane cahaya matahari pagi masuk ke tingkap bilik aku kat Tembungo dulu. Tengok TV ramai2 kat common room. Rindu environment time tu.

Tapi antara yang paling gembira adalah dapat mengenali rakan2 yang ada sekarang nie. Rakan2 yang akan aku cherish & appreciate sampai bila2. Thank you kawan2 kerana sudi mengharungi hidup kat UTP nie bersama- sama. Love u all! (^_^)