Aku sedang dalam progress menulis sebuah novel berjudul ‘Hentian Terakhir’. Novel bergenre thriller romantic ni masih jauh lagi perjalanan ceritanya maka aku masih belum dapat menjangka bila boleh siap. Tapi, kat sini aku dengan gembiranya ingin berkongsi sedikit ekstrak dari novel karya aku ni. Dalam bab 13 ni, aku mengabadikan nama Ridzuan- Izzati, nama asal dari kisah Razak- Izzani yang terkenal dalam blog Nyamouq. Enjoy=)
BAB 13
Ayer Keroh, Melaka
Mei 2005
“KAU nak pindah? Ke mana?” tinggi suara Shan Yun menyoal Khairil yang menyatakan hasratnya untuk meminta berpindah dan berhenti dari Syarikat Penerbitan Suria Sdn. Bhd. dalam masa terdekat.
“Mungkin KL,” jawab Khairil ringkas. Dia menyuapkan nasi yang terhidang di hadapannya. Walaupun ada konflik perasaan begolak dalam hati Nuradila dan Khairil, mereka serta Shan Yun, Izzati dan Ridzuan masih sering keluar makan tengah hari bersama- sama.
Nuradila memasang telinga. Dia tahu walaupun Khairil langsung tidak memandangnya semasa menyatakan perkara perpindahannya itu, maklumat itu sebenarnya hanyalah untuk pengetahuaanya.
“Bukankah kau baru setahun di sini? Kenapa cepat sangat? Takkan merajuk sampai nak lari ke KL” Izzati pula bersuara. Ternyata ada teka- teki bermain di fikiran masing- masing dan jawapan kepada teka- teki itu menjurus kepada penyebab yang sama- Nuradila.
Walaupun Shan Yun, Izzati dan Ridzuan tidak memandang tepat ke arahnya, Nuradila maklum yang mereka sedang membuatnya faham bahawa dialah penyebab Khairil berhasrat begitu. Nuradila tahu bukanlah niat mereka untuk menyalahkannya, sekadar untuk mengusiknya. Nuradila pula tidak memberikan sebarang reaksi. Takut terperangkap pula jika dia menyuarakan apa- apa.
“Aku bukannya merajuk. Kawan di KL baru telefon minggu lepas. Katanya di tempatnya sekarang ada position kosong untuk Graphic Designer. Aku ingat nak
“Lagipun aku ada atau tiada pun, tak beri kesan pada syarikat pun,” kali ini suara Khairil kedengaran mendatar. Ada kecewa berbaur rajuk di dalam suaranya. Serentak Shan Yun, Izzati dan Ridzuan menoleh ke arah Nuradila. Tersentak Nuradila dibuatnya. Menyedari perlakuan mereka yang terlalu menyerlah itu, Shan Yun, Izzati dan Ridzuan segera memandang ke arah lain. Mereka sendiri tidak menyangka akan memberi reaksi yang sama. Seketika kemudian, terhambur gelak- ketawa dari mereka. Nuradila dan Khairil terkedu melihat gelagat mereka.
JAM di dinding pejabat itu telah menunjukkan masa makan tengah hari telah tiba. Sedikit demi sedikit pejabat kian kosong. Nuradila berkira- kira samada mahu turun makan di kafeteria sahaja atau di gerai- gerai biasa di luar sana. Beberapa kali di perlu buat tidak perasan apabila rakan- rakan sekerjany yang lain memandangnya dengan pandangan pelik apabila lalu berdekatannya. Muak Nuradila dengan perangai mereka.
Nuradila memandang sekeliling. Mungkin dia boleh mengajak Shan Yun untuk makan tengah hari sekali.
Baru sahaja dia mahu bangun dari tempat duduknya, Izzati muncul di hadapannya.
“Aku nampak borang mohon cuti kau di tempat Kak Tanuja tadi. Katanya kau nak ke KL seminggu. Betulkah?” tanya Izzati.
“Betul. Nak teman jiran aku melawat rumah bapa saudaranya di KL. Kenapa?” giliran Nuradila pula bertanya.
“Oh, yakah? Aku ingatkan kau nak ke KL sebab nak jumpa Syafiq. Dengar kata dia sibuk
“Tak adalah. Buat apalah aku nak jumpa dia balik?” Nuradila menyambut anadaian Izzati tadi dengan ketawa. Sekadar untuk menunjukkan betapa tidak logik andaian yang telah dibuat Izzati itu.
“Manalah tahu kalau- kalau ada rindu bertandang di hati,” ujar Izzati berkias sambil tersenyum simpul. Nuradila hanya menggeleng- gelengkan kepala.
“Keluar makan dengan siapa?” Nuradila segera menukar topik perbualan. Dia enggan diasak dengan lebih persoalan yang berkaitan Syafiq.
“Dengan siapa lagi?” Izzati memandang ke arah Ridzuan yang sedang berjalan ke arah mereka. Nuradila tersenyum sambil matanya mengerling ke jari manis di tangan kiri Izzati. Sebentuk cincin belah rotan bertakhta di situ. Mereka baru sahaja bertunang dua minggu lepas. Dia sendiri bertandang ke majlis pertunangan mereka yang serba sederhana itu di rumah ibu bapa Izzati di Seremban. Keluarga Ridzuan pula tiba jauh dari Kedah untuk majlis pertunangan mereka itu. Melihatkan kebahagiaan Izzati dan Ridzuan itu membuatkan dia memikirkan tentang dirinya sendiri. Tidak semena- mena bayangan Khairil datang menari- nari di ruang matanya.
“Tak keluar makan?” Ridzuan menyapa Nuradila.
“Kejap lagi.
“OK. Kami pergi dulu. Jom, sayang,” Ridzuan mengajak Izzati pergi. Izzati hanya menurut sambil tersenyum melambaikan tangan pada Nuradila. Setelah mereka hilang dari pandangan, Nuradila melepaskan keluhan perlahan.
Nuradila bangun menuju ke tempat Shan Yun. Dilihatnya Shan Yun sedang mengemas- ngemas meja dan barang- barangnya dengan tergesa- gesa. Kehadirannya di situ langsung tidak disedari sehinggalah Shan Yun sendiri menoleh untuk berlalu.
“Eh, bila masa you datang sini? Sorrylah I tak perasan kelam- kabut sangat tadi. I nak pergi jemput my boyfriend dari KL di Melaka Sentral. Pagi tadi dia baru sampai di KL dari
“Oh, boyfriend you yang tengah further studies di Australia tu? Dia balik cuti?” Nuradila bertanya ceria. Tumpang gembira dengan rakannya itu.
“Iya. Katanya nak sambut birthday I sama- sama this weekend. Rasa tak sabar pula,” kata Shan Yun penuh ceria. “I pergi dulu, ya. Takut lambat pula,” kata Shan Yun setelah bejaya menemui kunci keretanya.
“OK,” Nuradila menjawab. Nasib baik dia tidak sempat mengajak Shan Yun untuk makan tengah hari bersama- sama tadi. Jika tidak, tentu Shan Yun akan berasa serba salah untuk pergi. “Send my regards to him,”
Shan Yun menyambut pesan Nuradila itu dengan mengenyit mata. Seronok benar nampaknya. Sebaik sahaja kelibat Shan Yun hilang, Nuradila terasa seperti keadaan sepi di dalam pejabat itu mengajuknya. Mengajuknya kerana dia tiada teman yang boleh dikongsi perasaan cinta dan sayang. Hanya bunyi penyaman udara sayup- sayup kedengaran di telinga.. Buat kesekian kalinya, Nuradila benar- benar terasa keseorangan.
Dia duduk di kerusi Shan Yun. Selera makannya semakin menghilang. Segera ingatannya melayang ke Nabiha. Baru pagi tadi mereka berbual sekejap tentang tarikh cadangan Nabiha untuk mereka ke
Nuradila terbayang pada waktu- waktu ini, tentulah Nabiha sudah bersiap- sedia untuk balik kerana sesi persekolahan telah berakhir.
Walaupun Nabiha mempunyai kereta sendiri, dia lebih selesa berjalan ke sekolah kerana sekolah itu tidaklah jauh dari rumah. Cuma perlu berjalan menerusi kawasan perkuburan Islam sahaja. Pada waktu pagi dan tengah hari, sepanjang jalan dari taman perumahannya ke sekolah biasanya penuh dengan kanak- kanak yang berjalan ke sekolah. Seronok katanya apabila berjalan di kalangan anak- anak muridnya itu sambil memerhatikan gelagat mereka.
Teringat pada Nabiha langsung mengingatkannya pada Khairil. Dia hairan walaupun baru mengenali lelaki itu, ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu. Namun, perasaan itu bukannya datang dari benak emosi. Jauh sekali perasaan sayang atau cinta. Sekadar mahu mangenali lelaki itu dengan lebih dekat. Sesuatu yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan.
Nuradila memandang ke jam dinding pejabat. Lama benar dia mengelamun. Mungkin dia patut membeli nasi bungkus di kafeteria dan makan di pejabat sahaja. Tidak ingin pula dia kelihatan makan berseorangan di kafeteria nanti. Dia menginjak bangun dari tempat duduk.
Tiba- tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tanpa melihat nama yang tertera pada skrin, dia terus menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum, Dila. Jom makan sama- sama. Saya ada di seberang jalan depan ofis Dila.”
Terkejut Nuradila mendengar suara Khairil di hujung talian sehingga terlupa untuk dia menjawab salam.
5 comments:
wah...tahniah2..huhu =P
ayat xbleh blah yg tlh membuat izzati jd geli geleman..
"...jom, sayang"
alamak..panjang plak nk baca..
hihi.. teruskan berkarya~
memang saje pn nak wat izati geli geleman dgn ayat tu..haha..mission accomplished~~
Haha...
Nice one, tapi maseh tak faham cer pasal ape. Banyak lak watak.
Tapi nice penggunaan ayat.
Tak saba nak tengok name 'Izzuan' kuar~! WekkKKK!!!
argh..
mmm...pnjg2...
tp aku sgt suka ngan pasca 1948!!
bravo2..
Post a Comment