Monday, 27 October 2008

Rumah Terbuka Mrs. Aliza

Just a short note..

Aku & Syahid bertandang ke openhouse rumah Mrs.Aliza, lecturer SAD kite dulu untuk memenuhi jemputannya petang tadi. Cuak gak mase nak pergi coz xtau mane rumah die. blom penah pegi sebelum nie. tapi dengan berbekalkan alamat rumah yang Mrs.Aliza mesej pada kami, daerah Manjung diredah dibantu oleh signboard2 di sekitar Manjung.

xsusah nak jumpe kawasan rumahnye. Kebetulan plak rupenye dekat dengan kawasan rumah sewa aku masa aku pernah dok manjung dulu tahun 1993/94. adelah kena menyinggah bertanya jugak. kata orang, malu bertanya sesat jalan,kan?

Akhirnya sampailah kami ke rumah dua tingkat Mrs.Aliza. Siap ada khemah. Kelihatan muka2 familiar budak2 UTP junior kat kawasan luar rumah die. Kami masuk kawasan rumah die & terus cari Mrs.Aliza dulu. nasib baek die ada berdiri dekat pintu. tak sangka aku bile muka die gembira btol bile nampak aku. Terus dipeluknya. Kalau kawan2 aku yg laen ade, mesti die lagi hepi. Masa tu lecturer yg ada cuma Mr.Jale je.

Kami makan ala kadar je coz baru jek lunch sebenarnye. (tapi aku pulun gak sate dengan rendang) Kami duduk berbual berdua kejap sambil memerhatikan bdk2 UTP yg laen galak bergambar.

Bile muka2 lecturer laen muncul, termasuklah Mr.Izzatdin, Ms.Mazlina & Dr. Fadzil, kami pun decide utk beransur pergi. lagipun hari dah mula senja. Sebelum balik, kami jumpe Mrs.Aliza & suaminya. Sekadar bersapa lagi sebelum berangkat pulang ke UTP. Gembira kerana sampai jugak kami ke rumahnya. Katanya kalau ada kenduri2 di masa depan, bolehlah kunjung-mengunjung lagi- ucapan yg ada makna(*_*)

Bile aku dah sampai UTP, teringat2 plak spagheti yg dihidangkan mase openhouse tadi. nyesal sket gak la coz xjamah.Haha..

No comments: